Bentuk fizikal Sungai Duat

Sungai Duat berpunca di kawasan perhutanan sekunder di Bukit Duat, di bahagian timur laut Rumah Merawing. Anggaran ketinggian sumber bagi Sungai Duat ialah di antara 40–50 meter (131.2–164.0 ka) dari paras laut. Pergerakan Sungai Duat ke kuala sungai adalah kebanyakannya menuju ke arah tenggara. Sungai Duat akan direntasi dengan FT 1 yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Pan Borneo dan talian penghantar elektrik di berhampiran dengan Rumah Usit. Lalu, Sungai Duat bercantum dengan Batang Mukah sebagai penamatnya di gugusan rumah panjang iaitu Rumah Ingga, Rumah Jandah dan Rumah Rangkong di ketinggian 30 meter (98.4 ka) dari paras laut.[1][2]

Sungai Duat mengalir sepanjang kira-kira 4.45 kilometer (2.8 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]